Sunday, April 7, 2013

Sambal tumis sotong bersantan dan kobis masak lemak putih

Ni menu makan tengahari ni. Sambal tumis sotong lawan ngan lemak kobis dan ikan sebelah goreng.
Plan asal nak buat sotong goreng tepung...tapi tukar jadi sambal tumis sotong sebab terliur tengok member posted menu ni kat fb. Nasib la serai dan cili kisar dah tersedia.
Ni resepi  sotong
1 kg sotong - bersihkan dan potong bulat2
*5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
2 batang serai diketuk
1 biji bawang besar potong bulat
6 sb cili kisar (ikut nak pedas mana dan bergantung kepada kenis cili kering)
1 cwn santan pekat
4 sb air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
-------
Tumbuk halus *. Panaskan minyak dan tumis cili, serai dan * hingga pecah minyak. Kacau selalu.
Masukkan air asam dan kacau sebati. Masukkan gula dan garam. Kacau lagi.
Masukkan sotong dan santan. Masak hingga hingga mendidih dan agak pekat. Rasa...kalau dah cukup garam dan gulanya secukup rasa ke tidak.
Sebelum angkat masukkan bawang besar dan kacau jap sampai layu. Ok la tu...siap dah....
Kobis masak lemak
1/2 biji Kobis di hiris kecil
3 cawan santan
2 ulas bawang merah dihiris
Sejemput ikan bilis
1 biji cili merah dihiris
Garam secukup rasa
-----
Masukkan santan, ikan bilis, bawang, garam dan cili ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.
Masukkan kobis dan masak sampai layu....jangan sampai lembik...dalam 5 minit je. Bila makan tu rangup2 lagi. Terus pindahkan dalam bekas hidangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...