Thursday, April 18, 2013

Roti Yogurt

Hari ni roti yang aku buat nyaris2 jadi roti bantat...sebabnya yis yang aku guna tak hidup walaupun lepas sejam diperap....huhuhu. sedih wooo kisah aku nih, kan. Risau memikirkan setengah kilo tepung yang dah diuli (buat dua bancuhan plak tu) nak dilemparkan ke dalam tong sampah...

Apa la aku nak buat dengan tepung bantat nih.... Terfikir nak tambah je dengan yis mauripan yg kebetulan ada sepeket lagi kat dlm gerobok bahan2 tu....doa panjang la supaya hasil tak mengecewakan...
Lepas 1/2 jam nampak la hasil yang memberansangkan. Naik juga la doh tu dua kali ganda...so apa lagi....terus ke proses seterusnya....
Tadaaaa......dah siap....bun yogurt inti homemade sekaya.....sok pagi baru nak rasmi ye....ni dah mlm sgt nanti gemuk pulak badan ku yg tak berapa nak slim nih....hahaha tergelap sikit atasnya....

Bahan-bahan : 
250g tepung roti (saya guna tepung gandum)
100g plain yogurt
60g susu * susu segar
25g telur * 1/2 biji telur
20g gula 
3g garam
30g marjerin
2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)
Sekaya/kacang merah/lotus paste secukupnya
Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, On kan. Biar sampai masak - guna BM dan ikut saja arahan penggunaannya. 
Jika uli dengan tangan campurkan semua bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh hingga 2 kali ganda kembang.
Tumbuk doh untuk keluarkan angin.  Kemudian bentukkan doh ke beberapa bahagian dan letak inti. Tunggu hingga doh kembang lagi dan bakar pada suhu 170 C selama 25 minit atau perang.
Jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...