Monday, April 29, 2013

Pau gebu

Mlm ni saya mengepau guna resepi yg di cnp dari blog adanyakauuntukku. Saya ejas sikit dengan menambah mentega. Tapi kalau nak pau yg putih kena la letak shortening. Satu lagi sukatan air tu memang pakai gram ye. Jadinya memang gebu...

Bahan2

500 gram tepung gandum (a.k.u guna tepung pau Blue Key)
1/2 sudu teh baking powder (saya guna double action baking powder)
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu teh yis segera (a.k.u guna mauripan) 250 gram air suam
1 sb mentega atau shortening (saya tambah)
Kertas Minyak

Cara Memasak:
Gaul Rata  Bahan 1 - 5.
Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sehingga membentuk doh.
Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda.
Setelah adunan doh naik dua kali ganda, uli-ulikan lagi doh
Bentukkan adunan doh menjadi bulatan kecil (ikut saiz pau yang kita nak)
Setelah semua adunan doh telah di bulatkan, ambil doh bulatan kecil yang pertama dibuat dan canaikan
Letakkan inti di tengah doh yang telah di canai tadi
Tutupkan doh yang dicanai tadi sehingga inti yang ditengah tadi tertutup.
Bulat-bulatkan lagi adunan doh dan di letakkan di atas kertas minyak.
Rehatkan adunan pau sehingga kembang. Panaskan pengukus
Masukkan pau ke dalam pengukus dan kukus selama 10 minit
Setelah masak, keluarkan dari pengukus...dan sudah boleh di makan...

** Pastikan penutup pengukus diletakkan tuala untuk mengelakkan wap air terjatuh di atas pau (nanti pau tak cantik...berjerawat)

** Semasa nak tunggu adunan doh mengembang, pastikan ianya ditutupkan dengan tuala yang lembab (untuk mengekalkan kelembapan doh)

** Pastikan adunan doh yang telah mengembang tu di uli semula.  Nak tumbuk-tumbuk ke, nak lempang-lempang ke adunan doh tu pun tak pe....nak campak-campak pun boleh..hehhehe..tapi jgnlah keterlaluan..makanantuuuu.....uli semula tu sebenarnya untuk settingkan semula adunan tu.....

**  untuk inti tu....a.k.u gunakan kaya yang telah siap dibuat ye...boleh beli je kat pasaraya..kalau nak buat pun boleh...tak salah..lagi sedap kan....ataupun nak letak inti kacang ke, kelapa ke, ayam ke..ikut suka la apa kite nak guna kan....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...