Sunday, April 7, 2013

Nasi goreng kailan ikan masin

Tadaaaaaa.... Menu pagi ni adalah nasi goreng kailan ikan masin. Dah dua hari sarapan nasi goreng. Ni semua gara2 nasi semalam banyak tak habis. Supaya tak membazir pagi ni goreng la ia. Semalam nasi goreng kampung, hari ni buat nasi goreng ikan masin plak.

Nak buat nasi goreng ni seelok2nya guna nssi sejuk. Kejadiaannya elok garing. Kalau guna nasi baru masak nanti nasi goreng tu nampak kurang umpphhh...lembik dan melekat2.....tak berderai...

Ni bahan2nya

1 mangkuk nasi sejuk
*4 ulas bawang putih
*4 ulas bawang merah
*8 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah jumlahnya)
*isi ikan masin (ikut la stok yang ada, ikan talang boleh, ikan sepat boleh..)
3 sb sos tiram
3 pokok sayur kailan dipotong kecil2
Garam secukup rasa
Minyak
-------

Panaskan minyak. Tumis * hingga kekuningan.
Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
Masukkan nasi dan goreng hingga agsk kering dan sebati. Rasa dan kalau kurang masin baru letak garam. Kacau rata.
Masukkan kailan dan masakkan hingga layu.
Angkat terus dan hidangkan.

***saya tambah carikan ayam lebih lauk semalam. Hidangkan dengan keropok ikan...sedapnyaaaaa.....ada plak ikan masin sepat yang digoreng dengan bawang dan cili api....sedap weh...(hantu ikan masin apa...dah dalsm nasi ada ikan masin, makan lagi dengan ikan masin goreng)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...