Saturday, April 6, 2013

Kerabu mangga rumpai laut dan ayam goreng berempah

Menu tengahari ni simple aje. Ayam goreng berempah dengan kerabu mangga rumpai laut. Selera makan dengan nasi panas...
Resepi ayam goreng berempah ni dapat dari member opis yang minta dari sedara dia yang buat katering kat penang.... Semoga murah rezeki dia sebab sudi share resepi yang lazat hingga menjilat jari ni... Tq ye kak roy n sedara kak roy.

Izinkan saya share resepinya disini....

Ayam goreng berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak.
Daun kari secukupnya
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

------
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
Ok dah siap angkat dam toskan. Makan dengan nasi panas pun sedap.

Kerabu mangga rumpai laut dengen sotong kering

--------

1. Rumpai laut rendam seharian dan gunting dalam 2 inci (24 jam - pastikan airnya ditukar selalu)
2. Mangga muda di parut atau dihiris kecil mcm lidi
3. Cili api di hiris nipis
4. Perahan limau nipis/lemon/limau kasturi
5. Garam dan gula secukup rasa
6. Ikan bilis goreng/sotong ketuk yg nipis2 tu di koyak kecil2
7. Kacang tanah goreng ditumbuk kasar jika suka

-----
Gaul semua dan boleh la dimakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...