Tuesday, April 9, 2013

Jelly air kelapa

Cuaca panas2 ni sedap menyejukkan tekak dengan jeli air kelapa. Buatnya tak susah. Kalau beli 1 bekas tu biasa orang jual rm1. Tapinya tak rasa air kelapa pun sebab campuran air biasa tu banyak sangat. Jadi kalau nak sedap makan buat la sendiri....
Bahan2
Sepeket jeli macam dalam gambar tu(boleh juga ganti dengan jeli konyaku kalau nak rasa kenyal2. atau pun guna jeli stripe tu dalam 20 gm.
200 gm gula
3500 ml air kelapa (ikut kotak letak 3000ml jer tapi keras sikit kejadiaan - boleh campur air biasa separuh2 atau 1/3 air biasa + 2/3 air kelapa atau semua air kelapa.
Isi kelapa dihiris kecil
-----
Masak jeli dgn air hingga larut. Masukkan gula dan didihkan. Masukkan isi kelapa. Kacau2 jap. Dah siap. Tuangkan dalam bekas, bekukan. Sedap makan sejuk2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...