Sunday, April 28, 2013

Asam gumpal aka sagupal/sagumpal


Kalau sesiapa baru2 nak cuba, jgn buat dua cawan, banyak sangat. Saya tau pasal masakan ni dari member kembar orang kelantan masa study tahun 2000 dulu. Selalu diorg dok cerita keenakan sagupal ni.... Masa tu dok bayangkan aje la rupa paras dan rasanya... Diorg cerita la camna nak buat tapi takde la cuba sehingga hari ini.


Lama betulkan....lepas 13 tahun baru dapat rasa.... Ramai juga blogger yg dah cuba mcm blog intai dapur yg resepinya saya cnp nih tak letak inti kacang. Saya letak sebab member saya tu criter ada kacang dalamnya.... 

Ada sesetengah orang dah gumpal sagu tu dia rebus mcm buat buah melaka...pastu baru masukkan dlm kuah santan.... Ada yang kukus..macam2 kaedah ada. Saya ikut cara mudah. Terjunkan terus dalam santan, masak sampai jernih. 

Tak sabar nak makan nih...jom.

Bhn2:

2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
4 mangkuk santan 
Sehelai daun pandan
Sedikit halba
Sehiris nipis halia
Gula pasir secukupnya
Secubit garam

Inti

Kacang hijau
Gula
Garam
Rendam kacang sejam dua supaya cepat empuk bila direbus. Toskan.

Rebus kacang hingga empuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Kepalkan kecil2 utk dimasukkan ke dalam sagu.

-----
Masukkan sagu ke dlm bekas besar dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
Buat hingga sagu boleh dikepal.
Sagu tu leperkan dan letak inti kacang, kepalkan bulat macam buat kuih bom tu dan ketepikan.
Masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula.
Masukkan sagu yg telah dikepal dan masak hingga sagu jernih.
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
Sejukkan dan sedia dihidangkan.. senangkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...