Thursday, January 31, 2013

Bingka Cempedak Jadi Bingka Lempuk La Pulak...

Petang ni sempat la buat bingka cempedak sambil memenuhi permintaan durian crepe daripada jiran dan kawan opis....sukanya saya dgn cempedak ni sampaikan sanggup abaikan ketidakselesaan perut setiap kali mkn cempedak atau nangka.... Sedap punya pasal sakit belakang kira....hehehe...
Tapi itu semua perancangan.....dah sisp2 bancuh tepung sekali buka pembalut surat khabar yg balut cempedak tu, keciwa jap...cempedaknya dah rosak....apa nak dibuat utk menyelamatkan adunan tepung ni ye.....sekali gitu teringat lempuk yg mertua buatkan dalam peti sujuk tu....apa lagi.....proceed...
Bingka lempuk ni memang sedap dengan rasa lemak santan dan aroma durian yg menusuk hidung....bingka cempedak tunggu stok akan dtg yer....wajar kena cari stok baru nih utk memenuhi impian...tq kak fida@myr kongsi resepi ni...
Bahan-bahan ( loyang 10 x 7 inc. )
300 g isi cempedak (saya ganti lempuk)
* 650 ml santan* (dr 1/2 biji kelapa)
2 biji telur
* 240 g tepung gandum
150 g gula pasir(boleh kurangkan,jika cempedak manis)(saya kurangkan jadi 50 g jer sebab lempuk dah manis)
1/2 sk garam
80 g mentega cair
1/2 sk pewarna oren/kuning
Saya tambah 1/2 st durian paste
Cara-cara
Tepung,gula dan garam di masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Kisar halus santan,cempedak dan telur dan tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati.
Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tk bergentel2. Tuang adunan ke dalam loyang yg digris (alas alum. dan gris jika bimbang kuih melekat pd dasar loyang).
Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 min hingga 1 jam. pd suhu 170C.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...