Thursday, November 22, 2012

Air Asam Boi Limau Kasturi

Beriya anak-anak nak minum...sebab macam best jer...nak tau tak, air tu hidang dalam botol taucu bilal yang dikitar semula....letak straw pastu belah limau....buih2 tu yang nampak best sangat....tak letak ais pun beriya budak2 tu minum...Selalu minum kat Restoran Chan Abdullah tapi resepi dapat dari Dapur kak jee..
 

Bahan2 yg mudah untuk minuman yang sedap....
 


Bahan2nya untuk satu gelas

1 biji limau kasturi
2 biji asam boi
gula secukup rasa
air setengah gelas
ketul ais secukupnya

Blend semua bahan kecuali ais hingga halus tanpa membuang biji asam boi atau pun limau. Tapis dan masukkan ais dan hidangkan...sedapnya...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...