Friday, September 14, 2012

Nasi Arab versi Mandy

Nasi Arab tempahan untuk Jamuan Hari Raya UiTM 2012....makin rancak pulak akak punya bisnes suka2 ni....alhamdulillah....Masih menggunakan resepi yang saya dapat dari MYR (yang saya gunakan dalam entry sebelum ni)  tetapi kali ini dengan sedikit pengubahsuaian.

Alhamdulillah cubaan yang menjadi. Orang kata sedap dan tak berbau macam yang diorang makan di restoran *****. TQ Encik Hubby, hebatkan kita, masak 300 pax dua orang jer (alhamdulillah...Allah permudahkan)....lepas ni kita buat bisnes Nasi Arab ye...



Hidangan untuk VIP...sesuai dengan tema Al Arabia....habibi ya maulana.....
pinggan je out skit...



Nasi Mandy
Bahan-bahan ( 7 orang )

  • ***PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI***
  • 1 1/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging (jgn tulang semata2 tau) - saya guna ayam
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 kuntum bunga cengkih
  • Saya tambah sebiji bawang besar dibelah 4
  • 15 biji lada hitam
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 biji buah pala (diketuk)
  • 3 helai bay leaves
  • 1 inci halia (diketuk)
  • saya tambah garam 
 
***PENYEDIAAN NASI***
  • 3 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 30 minit, jgn lama sangat nanti beras hancur)
  • 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
  • 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
  • 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
  • 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • saya tambah 1 batang kulit kayu manis
  • saya tambah 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji lada hitam
  • Saya letak sedikit pewarna kuning telur/kalau ada safron lebih baik.
  • garam dilupa jangan!! (x sedap kalau nasi tawar)
 
*** PENYEDIAAN SALATA HARA***
  • 2 biji tomato
  • 2 cili merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit daun ketumbar
  • lemon
  • garam & gula secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus tulang & daging sehingga empuk bersama rempah ratus, garam, bay leaves dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang & daging.
  2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, bawang besar, garam dan masukkan  stok tulang. Apabila mendidih masukkan beras. ***garam jangan terlalu banyak sebab air rebusan telah diletakkan garam.
  3. Kemudian masukkan tomato yang telah dipotong dadu.      
  4.  Masak nasi sehingga masak. Bila dah masak, bolehla titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun xper.
Untuk salata hara, kisar kesemua bahan kecuali garam, gula & lemon (kisar tanpa air). Apabila dah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
  1. Hidang nasi bersama Salata Hara, kobis dan karot, timun/tomato, cili hijau dan limau.


Thursday, September 13, 2012

Ikan Masak Lemak

Masak lemak ni bukan la kesukaan saya maka jarang2 sekali dimasak kecuali atas permintaan En Hubby atau kalau dah habis idea nak menggulai apa...Kalau dulu-dulu, mak tiri saya masak mesti asingkan pati santan (santan pekat yg diperah mula2 dengan sedikit air) secawan/semangkuk kecil. Bila ikan dah masak, mendidih baru masukkan dan sentiasa kacau dgn api perlahan supaya tak pecah minyak. Kalau santan pecah minyak kira fail la masak lemak tu....Bawang, cili dan kunyit hidup pula ditumbuk dengan garam kasar, dia tak pakai garam halus - pahit katanya...garam kasar tu ibuku tu siap basuh dulu tau...



Bahan-bahannya

3 ekor ikan (saya guna ikan apa nih...lupa plak jenamanya...Encik Hubby yang pandai jenama2 ikan nih)
2 batang serai diketuk
1 keping asam yang kecil ajer
1 biji tomato dibelah 4
6 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
15 biji cili api (kalau nak pedas ble tambah, kalau taknak guna cili api boleh guna cili masak juga)
1 sebiji kelapa parut (saya blend dengan sedikit air dulu untuk asingkan patinya n baru tambah air secukupnya untuk kuah)
Garam secukup rasa
-------------
Tumbuk cili, bawang, kunyit hidup (kalau ikut cara ibuku tu, bawnag jangan tumbuk hancur sangat, tak sedap).
Masuk semua bahan termasuk santan cair dalam periuk kecuali tomato dan asam keping. (cara ibu tiriku, kalau dah masukkan tomato tak perlu letak asam sebab dah cukup masam dari tomato - tapi saya letak juga sebab tomato tu saya masakkan sekejap je, ala-ala fresh jer).
Masakkan atas api sehingga mendidih dan pastikan sentiasa dikacau perlahan (kuat2 nanti hancur plak ikan) supaya tak pecah minyak.
Bila dah mendidih masukkan asam keping/belimbing buluh dan garam secukup rasa.
Masukkan pati santan dan perlahankan api dan kacau hingga mendidih skit. Tutup api dan masukkan tomato.

*** Kalau guna garam kasar yang ditumbuk sekali dengan cili and the geng tu, rasa dulu baru masukkan garam, agak2 kurang masin baru tambah, jangan lupa lak...kang jadi macam cerita P Ramlee lak...

Tempahan creampuff oleh jiran jemiranku

Weekend lepas jiran jemiran menempah creampuff.....jgn tak tahu, requestnya punya la berkurun, sebab masa diorg request cakap, nanti bila-bila sempat nak tempah....heheheh sudahnya lebih sebulan baru order sampai....Memang orang yang nak menempah kena banyak bersabar kalau nak makan airtanganku....Cuma yang bernasib baik, order jer terus dapat....


 
ni sebahagian dari oder jiran jemiran yang sempat disempurnakan.....
 
Minggu ni pun ada kawan yg buat jamuan nak oder 100 biji creampuff...insyaallah ye...
 
Tu cerita pasal order...yang request dari adinda dan kekanda pun belum siap lagi...kekanda dok hantar 3 kg daging rusa, suruh masakkan rendang tok, weekend ni siap la insyaallah....Adinda yg mengidam nak makan queen cake pun tak tau la bila sempat nak buatkan....anakanda plak mintak buatkan rainbow cake untuk besday dia yang ke 100 kali tahun nih, nanti ummi usahakan sebelum berangkat ye...
 
 


Wednesday, September 12, 2012

Biskut Choc Chip n Tart Nenas n Semperit Pandan

Weekend aitu dikesempatan yang ada buat la dua tiga jenis biskut untuk kenduri Ahad nih...kang kata majlis raya bebagai tapi kuih raya takde...stok kat umah dah abis, yang ada pun dah hancur dikerjakan bebudak tu..



Yang ni pakai resepi nih ye tak pasti sama ke tidak dengan entry sebelum nih....edisi menghabiskan stok bahan...anak-anak saya suka sungguh, hari2 bawa bekal pegi mengaji...

Bahan2

*400 g tepung gandum
*1 sk baking powder
*1 sk baking soda
*2 sb serbuk koko
250 g mentega
2 biji telur (C)
100 g gula castor
115 g gula perang
200 g rice bubble
150 g choc chip
150 g almond (yang dah hiris dan dipanggang)
-----------------
Ayak *.
Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur n pukul lagi. Masukkan tepung yang diayak tadi dan gaul sebati.
Masukkan bahan2 lain dan ratakan.
Bolehla dibulat2kan (Guna sudu pun ble) dan susun atas loyang. Bakar lebih kurang 15 min/hingga masak pada suhu 160 celcius.




Yang ini guna resepi yang saya pernah posted sebelum nih...kalau ikut kata anak saya ni bentuk buah oren...tapi apa-apa la labu...sebenarnya ummi malas nak buat bentuk tulip..nak cepat...ni letak resepi lagi sekali...

Bahan2nya
7 cawan tepung gandum
2 ketul mentega
6 biji kuning telur
2 sb Esen vanilla
--------
Gaul tepung dan mentega cara bread crumb....ramas dengan hujung jari hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen dan uli hingga jadi doh.
Canai dan terapkan dengan acuan dan bentuk yang digemari.
Bakar selama 20 min atau hingga masak dengan suhu 160 celcius.


Semperit pandan yang femes itu...kenapa femes, sebab kata orang sedap sungguh rasanya....tapi nak cepat punya pasal buat bentuk dahlia letak ceri merah...bakar pun tergolap skit...Resepi  pakai yang ni...

Bahan-bahan
Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard

Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand. (saya tak letak pun)

Cara-cara
Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan selama 1 jam.
Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan.
Potong mengikut saiz di kehendaki.
Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.



Tuesday, September 11, 2012

Puding Tembikai



Saya tak berapa ingat kat mana saya dapat resepi ni...sebab masa salin resepi tu saya lupa nak copi nama blognya, tapi ramai yang dah cuba CTdelima, masam manis dll...tapi memang sedap dan berbaloi2 buat...cantik pun cantik...yg saya jer yang kureng berseni sebab buat nak cepat....masa tak mengizinkan...

Bahan-Bahan :


10 gm agar2 serbuk  (saya guna agar2  tali)

3 keping roti

4 cawan air

3/4 cawan gula (kurangkan skit)

1/2 cawan susu pekat

1 biji telur

1 cawan susu cair (saya guna susu segar)

2 sudu besar mentega

1 sudu kecil esen vanila

sedikit bijan hitam (1 guna cincau)

100 gm isi tembikai + 1 sudu besar air (diblend halus) (tak letak sebab takde stok)

Sedikit pewarna hijau (saya guna pandan paste) dan merah (saya guna sirap ros yg tak bergula tu)

Cara-Cara:

1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.

2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend halus. (Tak rendam, blend terus)

3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.

4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) dan bahagikan kepada 2 bahagian. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan dan tunggu hingga adunan jadi agak keras sedikit.

5. Kemudian tuangkan sedikit adunan yang berwarna asal (juga dibahagikan kepada 2 bahagian) ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan hingga agak keras sedikit juga.

6. Adunan selebihnya diwarnakan merah dan dicampur sekali dengan tembikai yg diblend, kacau rata. Curahkan di atas lapisan kedua (berwarna asal tadi). Semasa menuang adunan, selang-selikan dengan taburan bijan hitam sebagai pelengkap biji tembikai. Biarkan lagi hingga agak keras sedikit.

7. Kemudian tuangkan bahagian kedua adunan berwarna asal dan setelah keras sedikit tuangkan adunan akhir yang berwarna hijau.

8. Biar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Nota: 1. Semasa menunggu untuk menuang dari satu lapisan ke lapisan yg lain, adunan yang menunggu untuk dituang hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak mengeras.

2. Loyang acuan sebaik-baiknya di letak dalam dulang yang berisi air sejuk (CT tambahkan ais juga didalamnya) untuk mempercepatkan proses adunan di dalam loyang mengeras.  (saya letak dalam freezer jap)





Friday, September 7, 2012

Kek Marble Cheese (Kukus)

Gambar nanti upload, buat lepas sahur pagi tadi, tinggalkan tengah kukus. Pesan dengan kakak kuarkan dari kukusan n buka foil....apa jadinya tak tahulah...telefon kakak, katanya anak2 kat rumah tu tak sabar2 nak makan....tunggu sejuk ye anak2ku, baru potong...


 
disalin : Izah Muffin lover
diubahsuai sedikit : zulfaza

 
Bahan-bahan

*5 keping slice cheese
(saya guna grated cheese, balance buat pizza - 2 cwn)

*1/2 cawan susu cair

1 cawan gula kasar

1 cawan marjerin

2 cawan tepung kek

2 sudu besar serbuk koko

1 penutup esen vanilla

3 biji telur


Cara-cara

panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api,biarkan suam.masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur. pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi,..masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla,..bahagi kpd 2 bahagian,..1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin,..lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble,..da siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

Nila kejadiannya....tak sempat nak marblekan pun...

Pelbagai Topping Coklat

Entry kali ni saya sharekan resepi pelbagai topping coklat. Resepi2 ni di posted oleh Lynn Hamzah di fb chef and charity club with smile dan beberapa sumber lain.....pilih la mana yang berkenan untuk dicuba...saya paling suka no 7.....tapi yang lain2 pun tak kurang sedapnya...

Sebahagian dari kek yang dihias topping coklat menggunakan resepi2 dibawah....yang atas ni, no 3, 4 menggunakan resepi no 7 cuma creamnya ada yang saya ganti dengan susu cair. Gambar 2 menggunakan no 11.





Topping Coklat 1
...
Bahan-bahan:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-cara'y:
1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..


Topping Coklat 2

Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..


Topping Coklat 3

Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara'y:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..


Topping Coklat 4

Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa (optional)

Cara-cara'y:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..

3.Curahkan atas kek..

Topping Coklat 5

Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Topping Coklat 6

Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-cara'y:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..


Topping Coklat 7

CHOCOLATE GANACHE:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)


Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

Topping 8

200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau mentega 

Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.

Topping 9

300 gm coklat masakan - potong kecil
200 gm UHT whipping cream
1 sb mentega

Panaskan  cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. Masukkan mentega dan sebatikan.

Topping 10

1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream
caranya
Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, butter 2 sb & gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
Pukul 200 gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum digunakan
 
Topping 11
 
 1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

Masak guna kaedah double boiler hingga sebati
 

DIHARAP RESEPI2 NI DPT MEMBANTU ANDA SEMUA CARA NK BUAT TOPPING COKLAT YE..

Thursday, September 6, 2012

Kuih Sagu aka bronok

Cnp dari http://nshafea.blogspot.com. Sedap...manisnya pun sedang2 jer....

Bahan-bahan

2 cawan sagu - rendam 10 minit dan toskan
1 cawan gula
3 cawan air
1 cawan kelapa parut
sedikit garam untuk diletak dalam kelapa parut
Daun pandan

Cara-cara

1.Masak air dengan gula, pewarna dan pandan hingga mendidih.
2.Masukkan sagu dan kacau sebentar sehingga sagu kelihatan jernih dan tidak melekat. Perlahankan api dan biar masak seketika.
3.Masukkan dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk.
4.Potong ikut bentuk kesukaan dan salut dengan kelapa parut.
5. Sedia untuk di ngap... kan mudah tu...

Ikan Pekasam Goreng


Ni menu pembuka selera...walaupun saya kurang menggemarinya tapi atas permintaan en hubby yang diperkenalkan dengan menu ni selepas berkahwin saya gorengkan juga...Ikan pekasam ni ada dua versi...dulu ibu tiriku selalu buat sendiri menggunakan ikan lampam, sepat atau pun ikan talapia...siang dan basuh bersih2 ikan tu pastu gaul dengan garam kasar. susun berselang seli dengan nasi atau beras goreng (ramai yang suka beras goreng) dan asam keping/asam gelugur. Perap la dua tiga hari sebelum ble mula makan..

Kalau pekasam baru, bila digoreng dia tak hancur, tapi kalau dah agak lama, tulangnya pun ble reput...Jangan lupa tambahkan sekali bawang dan cili api sebagai penyedap rasa bila menggorengnya. ****satu lagi peringatan JANGAN di basuh ikan tu, goreng dengan nasi2nya sekali...

Kat mana nak beli?...yang ni saya beli dari Pekan Rabu, Kedah. Kat belah-belah Perak pun banyak....terutama kat kampung ku, Changkat Tin dan kawasan yang sama waktu dengannya..

Bingka Jagung

Kidnap daripada blog sinar kehidupanku...adjust skit2 jumlah gulanya tu...

 Baru kuar oven..

 Dah sejuk baru potong..


Bahan-bahan
* 250 gm tepung gandum
* 230 gm gula pasir (saya guna 195 g saje)
* 400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak/tin)
* 200 ml air
(saya guna 600ml susu segar)
* 4 biji telur
* 1 tin cream style corn
* 2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan) (saya tak letak pun...)
* 1/2 camca teh garam
* 3/4 camca teh pewarna makanan kuning
* 1 camca teh esen vanilla
* saya tambah bijan

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi, tabur bijan dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil, bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bakar lebih masa sikit untuk mendapatkan kuih yang garing/kerak yg lebih

Ni ada satu lagi resepi yang boleh dicuba...yang ni belum saya test lagi...kalau dah nanti ble la saya upload gambarnya.

Bahan-Bahan (loyang 10x10 inci)
  • 1 cawan jagung- whole kernel corn*(* di kisar bersama)
  • 1/2 cawan air*
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 1/4 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • secubit garam
  • 4 sudu besar perisa minuman jagung(yg boleh bancuh buat air tuuuu)
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter
Cara-Cara.

  1. Kisar jagung bersama 1/2 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk besar satukan semua bahan kecuali minyak dan bijan.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sebati.
  4. Sementara itu panaskan oven 180c.
  5. Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  6. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  7. Bakar selama 60 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  8. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.

Wednesday, September 5, 2012

Kuih Ketayap/Kuih Gulung

Resepi dari MYR, diubahsuai oleh zulfaza...buat untuk buka posa...semangat nak makan, masa sahur dah siapkan inti...balik tinggal buat kulit jer....satu bancuhan dapat la 12 ketul saiz sederhana...

Bahan-bahan ( 3-5 orang )

  • utk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan (tak guna pun)            
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk) - saya guna air biasa jer..            
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau (saya guna pandan paste)
  •             
  • utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (saya guna gula putih)
  • 2 sb pewarna sirap ros (saya tambah)
  • 3 sb lempuk durian (saya tambah)          
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. untuk inti; Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  2. Untuk kulit; Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  3. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.

Tumis Terung Telunjuk



Dapat dari blog resepi nannie
BAHAN-BAHAN :
20 biji terung telunjuk
1 keping asam keping
sebiji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :
 
5 biji cili api
2 cm kunyit hidup
1 genggam ikan bilis -direndam kejap
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

* Kalau nak pedas tambah la cili lagi

CARA MEMASAK :

Bersihkan terung dan di potong 2 macam dalam gambar di atas ni .
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sampai wangi . Kemudian masukkan garam , gula dan asam keping . Kacau semua bahan sampai sambal masak dan kemudian pecahkan telur dan kacau sekejap sampai telur masak dan akhir sekali masukkan terung telunjuk tadi dan gaul semua bahan bagi sekata . Bila terung dah masak boleh la ditutup api dapur.

Yang ini plak resepi dari En. Tiffinbiru....ble try mana2...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji terung telunjuk, hiris serong dan rendam
15 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat2
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar penuh tempoyak
3/4 cawan air
15 biji cili padi*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat, tumis hingga harum, masuk tempoyak dan udang, kacau rata dan tuang air. Bila mendidih, masukkan terung telunjuk tadi (toskan) dan asam gelugor.
  2. Perasakan dengan garam secukup dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut dan masukkan daun kunyit, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

Tuesday, September 4, 2012

Tempahan Kuih-muih

Apam Polkadot Pink/Kuning
 Karipap inti kentang

Apam Gula Hangus

Kekadang ada kengkawan yang menempah kuih....ini bisnes suka-suka, ikut mood dan tengok masa dan keadaan....yang ini tempahan dari shafinaz untuk besday anaknya....Alhamdulillah siap gak walaupun banyak dugaannya.....apam polkadot yang tak pernah meragam tu kali ni tersenyum...karipap tumbuh jerawat....sabor je la....weekend ni ada yang nak order creampuff, order sebelum raya lagi tapi biasa la.....bila teringat orang order2 ni ada satu permintaan red velvet yang belum tertunai...insyaallah akan ku cuba penuhi weekend ni...cian kengkawan...

Monday, September 3, 2012

KARIPAP SARDIN

Resepi ni dapat dari member opis....dia dapat dari orang berniaga kuih...sedap sangat. Member bawa bekal masa ada bengkel kat kat kolej.....dah kenyang pun ble masuk dua tiga ketul...Dah lama beli bawang besar n sardinnya tapi tak terbuat2.....


Bahan2nya

1 tin besar sardin/mackerel ditos sosnya dan dibuang tulangnya (tinggalkan sos dalam 1 sb jer)
2 biji bawang besar (kuning) dicincang
15 biji cili api dihiris halus (kalau nak lagi pedas ble tambah)
1 sk garam/secukup rasa

------------------------
Hancurkan ikan.
Gaul dengan bawang, cili dan garam hingga rata.
Dah boleh guna....


Doh

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak/butter yang dipanaskan
400 ml air sejuk/air ais
2 sk garam

Cara2

Masukkan tepung dalam bekas.
Masukkan garam.
Lubangkan tengahnya tapi jangan sampai nampak dasar.
Tuangkan minyak panas. Gaul rata - gunala senduk atau sudu, jangan guna tangan sebab panas.
Masukkan air dan uli hingga sebati.
Perap 1 jam dan uli lagi sekejap dan bolehlah mula mengelim karipap.

Untuk simpan frozen samada bakar sekejap kat dalam oven atau goreng sekejap, sejukkan dan simpan dalam freezer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...