Friday, June 29, 2012

Pineapple upside-down

Menggunakan Resepi Chef Wan: Susun sapukan mentega, tabur gula, susun kepingan nenas dan letak ceri sebelum menuang bancuhan kek.
Bahan-bahannya.

Atas:
Gegelang nenas secukupnya
Ceri Merah/Hijau dibelah 2
1/4 cwn mentega
1/3 cwn Gula perang (kali ni saya guna gula biasa sebab gula perang dah abis)
-----
Sapu mentega di dasar bekas. Taburkan gula perang. Susun gegelang nenas dan ceri.





Bawah:
1/2 cwn mentega
 2  biji telur
1 cwn gula castor (saya guna 3/4 cwn)
2 cwn tepung naik sendiri
2 st esen vanila
1 cwn air nenas (daripada nenas dlm tin tu)
Saya tambah 2sb sunquick
------------
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.
Masukkan esen dan sunquick, sebatikan.
Masukkan air nenas, sebatikan.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Bakar pada suhu 175C selama 45 minit/hingga masak.


Honey Choc Cake

Resepi dari buku resepi yang dah hampir 10 tahun disimpan...Bau madu dan rasa madu lebih dominan daripada choc.

200 g dark choc
250 g mentega
1 cwn gula (saya guna 3/4 cwn)
1 1/2 cwn madu
4 biji telur
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri (saya guna 2 1/2 cwn tepung naik sendiri)
2 sb esen vanila
---------------------
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Masukkan madu dan sebatikan. Sejukkan pada suhu bilik.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga kembang.
Masukkan esen vanilan, campuran madu dan choc. Kacau sebati.
Masukkan tepung dan sebatikan.
Bakar di dalam oven pada suhu 160 C selama 45 min atau hingga masak.
Sejukkan sebelum dihias.

Topping.
125 g cream cheese
125 g mentega
1/4 cwn madu.
30 g parutan dark choc.

Pukul butter hingga gebu, masukkan cheese dan pukul lagi. Masukkan madu dan sebatikan.
Hias kek mengikut citarasa...

 Rasa macam kek kurma pun ada....

Sunday, June 24, 2012

Cheddar Cheese Butter Cake

Resepi asal dari blog honeybeesweets88.....Tq for sharing..

 Bahan-bahannya

250 g mentega
80 g parutan cheddar cheese (saya guna 110 g)
225 g gula castor (saya guna 190 g )
4 biji telur
1 st baking powder
250 g tepung gandum
100 ml buttermilk/100 ml susu segar + 1 st perahan lemon/limau nipis dan dibiarkan 5 minit)
50 g parutan cheese untuk hiasan.




caranya:

1. pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
3. masukkan 1/4 tepung yg telah digaul rata dengan baking powder diikuti dengan 1/3 buttermilk dan kacau rata.
4. ulang proses hingga tepung dan susu habis...
5. masukkan cheese dan kacau rata.
6. bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 15 minit pada suhu 160 - 180 C selama 40 - 45 minit atau sehingga masak...


Friday, June 15, 2012

Burnt Sugar Cake

Resepi ni saya dapat dari www.food.com. Ble tahan rasanya, ada kelainan, orang yang rasa kek ni teruja dengan karemel toping dia tuh...ada yng kata macam coklat daim, ada yang kata cam coklat toffee

Burnt Sugar Cake (Betty Crocker: Circa 1956)



Ingredients
Syrup
  • 1/2 cup sugar
  • 1/2 cup boiling water
  • additional water, to make 1 cup liquid ( see instructions)
Cake

    • 2 1/4 cups Soft Silk flour

    • 1 cup sugar

    • 3 teaspoons baking powder

    • 1 teaspoon salt

    • 1/2 cup soft shortening

    • 2 eggs ( 1/3-1/2 cup)

    • 1 teaspoon vanilla, if desired
Creamy Burnt Sugar Icing

    • 1/2 cup sugar

    • 1/4 cup boiling water

    • 1/2 cup shortening ( part butter)

    • 2 1/2 tablespoons Soft Silk flour

    • 1/4 teaspoon salt

    • 3 cups confectioners' sugar, sifted ( aka powdered sugar)

    • 3 tablespoons water

    • 1/2 teaspoon vanilla
Directions

  1. Syrup: To make syrup first caramelize the 1/2 cup sugar in a heavy skillet over low heat until clear and medium brown, shaking pan gently to keep from burning.

  2. Remove from heat.

  3. Add slowly, stirring constantly, 1/2 cup boiling water.

  4. Stir over low heat until lumps are dissolved.

  5. Measure and add water to make 1 cup liquid.

  6. Cool.

  7. Cake: Sift together into bowl, 2 1/4 cups sifted Softasilk flour, 1 cup sugar, 3 teaspoons baking powder and 1 teaspoon salt.

  8. Add 1/2 cup soft shortening and 2/3 cup cooled caramel-water mixture.

  9. Beat 2 minutes.

  10. Add remaining 1/3 cup cooled caramel-water mixture, 2 eggs and 1 teaspoon vanilla.

  11. Beat 2 more minutes.

  12. Pour into greased and floured pans (2 8-inch pans, or 2 9-inch pans, or 1 9 X 13 oblong pan).

  13. Makes a small cake.

  14. Bake until cake tests done.

  15. Cool.

  16. Finish with Creamy Burnt Sugar Icing.

  17. Preheat 350°F (moderate oven) 8-inch layers 30-35 minutes 9-inch layers 25-30 minutes oblong 9 X 13 35-40 minutes.

  18. Creamy Burnt Sugar Icing: First make another caramel sugar-water mixture following directions in recipe above.

  19. Caramelize 1/2 cup sugar.

  20. Add 1/4 cup boiling water.

  21. DO NOT ADD any more water!

  22. Melt in saucepan 1/2 cup shortening (part butter).

  23. Remove from heat and add 2 1/2 tablespoons Softasilk flour and 1/4 teaspoon salt.

  24. Stir in slowly caramel-water mixture.

  25. Bring to boil stirring constantly.

  26. Boil 1 minute.

  27. If mixture curdles, do not be alarmed.

  28. Remove from heat.

  29. Beat in alternately, 3 cups sifted confectioners' sugar and about 3 tablespoons water.

  30. Set saucepan in bowl of cold water.

Friday, June 8, 2012

Roasted Beef/Chicken/Lamb


Request daripada ipar duai, buat kat kampung lepas kenduri kawen adik ipar......
Ni guna daging steak, daging bahagian tengkuk,....perap tak sampai sejam sebab memasing dah tak menyempat....
kentang US tak de stok...yang ada karot je, kalau ada brokoli dan jagung manis celur pun sedap....
Makan plak dengan freshly homemade blackpepper mint source.....tak sempat sejuk, habis kena ngap...kalau boleh bakar jangan sampai kering sgt macam ni...biar juicy2 dagingnya...tapi cukup masak ye...
Bahan2nya (Untuk 3 kg daging)

Daging lembu(steak)- tak perlu potong nipis- biarkan seketul besar cuma bersihkan lemak2nya dan cucuk2 dengan pisau supaya rempahnya boleh meresap ke dalam/Lamb/Ayam (yg bahagian daging banyak tu cucuk2kan skit ngan pisau)
1 1/2 botol sos BBQ Pedas (saya suka jenama Knor)
1/2 botol sos tiram
10 sb sos cili
10 sb sos tomato
5 sb lada hitam yang ditumbuk halus (jgn guna serbuk yg dah siap tu...kureng sedap)
300 ml madu
5 sb bawang putih yang ditumbuk halus
3 sb mix herb/parsley/basil (kalau ada)
120 gm mentega
Karot
Kentang US - potong wedges
sedikit garam

Celur Brokoli dan Jagung Manis
--------------
Gaul semua bahan dengan daging/lamb/ayam berserta karot dan kentang. Kalau nak sedap biarkan semalam. Kalau biarkan semalam, simpan dalam peti beku ye....kalau tak sabar boleh dibakar selepas diperap 2-3 jam.
Masukkan daging ke dalam foil aluminium bersama2 sosnya dan balutkan. BAkar samada menggunakan oven atau arang selama 30-45 minit. Kalau menggunakan oven selalunya daging akan sedikit berair.berkuah. Tos kuahnya dan masak di atas api sehingga kuah pekat dan tuang semula kuah ke atas daging.

Lebihan sos perap jangan dibuang. Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api hingga pekat dan dijadikan sos untuk dimakan bersama daging yang dipanggang kalau malas nak buat sos lain.


Freshly Homemade Blackpepper Mint Source

Panaskan 120 gm mentega.
Apabila dan cair dan panas, masukkan 4 sb tepung gandum.
Goreng hingga keperangan.
Masukkan 3/4 liter susu segar, kacau hingga sebati.
Masukkan 4 sb lada hitam yang ditumbuk halus.
Tambahkan 500 ml air dan biarkan mendidih.
Pastikan sos sentiasa dikacau supaya tidak hangus atau membuak.
Tambah 6 sb sos tiram dan garam secukup rasa.
Kacau sebentar dan tutup api.
Masukkan segemgam daun pudina.

*****Sekiranya sos terlalu pekat selepas disejukkan, tambah air mendidih dan kacau sebati.


Friday, June 1, 2012

Mufin Pandan

Resepi asal daripada MYR dan saya buat sedikit pengubahsuaian pada jumlah gula dan telur.

Bahan-bahan

360 gm mentega
200 gm gula
6 biji telur gred C
160 ml susu segar
1 sb esen vanila
440 gm tepung gandum
2 sb baking powder
3 sb pandan emulco
---------
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang.
Masukkan esen vanila, pandan emulco dan susu dan sebatikan.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan sebatikan.
Masukkan ke dalam mufin cup dan bakar pada susu 160 C selama 15- 20 minit.

Kek Oren

 lebihan adunan di buat cupcake


Bahan-bahannya
250 gm mentega
190 gm gula
5 biji telur gred C
250 gm tepung gandum
1 1/2 sk tepung naik sendiri
85 ml sunquick limau mandarin
1 sk orange oil
1 sb esen vanila
1 sk pewarna kuning telur
----------
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga gebu.
Masukkan sunquick, orange oil, esen vanila dan pewarna kuning telur. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Bakar dengan suhu 160 Cselama 15 minit sekiranya buat dalam mufin cup dan 45 minit - 1 jam dalam loyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...