Monday, December 31, 2012

Apam Nasi aka Apam Salju

Macam2 blog ada resepi ni....dan semuanya sama atau lebih kurang....jadi maknanya memang resepi ni femes sbb hasilnya tak mengecewakan...nasi sejuk tu daripada biar terbuang, lebih baik ejas jadi apam ke, cucur ke, kan tak membazir...

Bahan2nya

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 tsp yis Mauripan
Saya tambah satu paket eno (biru)

Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)

Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati.
Perap 3-4 jam.
Masukkan eno dan gaul rata.
Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus.

Hidang dengan kelapa parut.
Acuan : Lompang atau ikut citarasa -sapu minyak.
Masa Kukus : 15 minit.

Durian crepe tak jemu2

Kaler kali ni di pelbagaikan. Sajer nak bagi kengkawan yg order teruja....hehehe...sebenarnya aku yg seronok buat kaler mcm2.
Buat lepas subuh utk memenuhi tempahan kengkawan.

Kari Udang Galah

Bila masak kari udang galah ni, teringat kat arwah kakak yg feberet dia masakan nih.....rindu kat mskan dia....moga Allah tempatkan dia dikalangan hambanya yg beriman....

Resepinya cam ni tau...

Bahan2

1 kg udang galah
3 sb rempah kari ikan + ayam
3 sb air asam jawa pekat
3 cwn santan pekat
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 tangkai daun kari
10 biji bendi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

---------
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah kari dikisar halus hingga pecah minyak/ naik bau. (bwg n halia kalu nak hiris pun boleh).
Masukkan santan pekat yg pekat dan masak hingga mendidih.
Masukkan garam, bendi dan air asam. Masakkan lebih kurang 3 minit.
Akhir sekali masukkan udang dan masak hingga udang bertukar warna dan merekot.
(udang jgn dimasak terlalu lama).

Sedap dimakan dgn sambal tempoyak dan ulam, telur masin. Minum plak air limau asam boi....fuhhhh...berpeluh, ni yg mak mentua tegur pun tak sahut...hehehe..

Apam mentega

Amik resepi dari blog yatiememories. Berbanding dengan apam gula hangus yg pakai minyak tu, rasanya lebih lemak dan lembut sebab letak mentega dan susu....

Bahan-bahan ( +-50 biji )

Bahan (A)
Bahan2 utk gula hangus:-
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega

Bahan (B)
3/4 cawan gula castor (saya letak 1/2 cwn jer - lain kali kena kurangkan lagi skit)
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak besama 2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat gula hangus
Masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air.
Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.

Cara menyediakan adunan apam mentega.

Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
Perap selama 1/2 jam.
Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan yg di sapu sedikit minyak.
Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.
Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

Sunday, December 30, 2012

Chocolate Lava Cake

Dapat resepi dari trymasak.my...sedap dan mudah. Memang kesedapannya bergantung pada jenis dan kualiti coklat yg digunakan. Dah lama plan nak buat (sejak nampak menu kat domino pizza - terus google resepi) tapi acuan ramekins tu tak jumpa2....last2 kawan pegi singapore kirim kat dia....kirim kat org lelaki, dapat la 4 biji saiz lain2.....huhuhu....mana cukup, sib baik singgah kat daiso jumpa la 3 biji lagi....


Bahan2
*Resepi ini adalah untuk 2 hidangan

1 cawan Dark coklat (cincang)
6 sudu besar Mentega
2 biji  Telur
3 sudu besar Gula halus
3 sudu besar Tepung kek (tepung gandum + 1/2 sk baking powder)
1 sudu  besar Serbuk koko
secubit garam

Cara2

Panaskan oven 160 darjah celcius
Cairkan coklat dan mentega menggunakan kaedah double boil.
Setelah cairkan, masukkan serbuk koko, gaul sebati dan ketepikan.
Pukul telur dan gula selama 3 minit, dan masukkan ke dalam adunan coklat tadi.
Masukkan tepung dan garam.
Gaul sebati.
Tuang adunan tersebut ke dalam bekas ramekin yang telah di gris dengan mentega dan gula halus.
Masukkan adunan yang telah dituang dalam acuan ke dalam freezer selama 5 minit.
Keluarkan dan masukkan bakar selama 11 minit.
*Pastikan adunan tidak dibakar lebih dari 15 minit.
Setelah masak, keluarkan adunan dan biarkan di luar selama 3 minit.
Keluarkan dari bekas ramekin dan hidang. *Kek ini sesuai dihidangkan semasa panas.

Friday, December 28, 2012

Durian crepe di mana-mana

Orang masih tak jemu mkn durian crepe....mcm penduduk umah ni la...ingatkan dah tak nak, tapi bila buat utk memenuhi order kengkawan ni, diorg yg tak sabar nak ngap....dan ada juga yg belum berkesempatan nak rasa walaupun musim durian dah nak abis....
Utk kali ni guna resepi 4 jenis tepung gak sebab hubby komen kulitnya lebih sedap dari yg guna tepung gandum saja... Kalau aritu guna tepung hoen kwe kali ni test tukar ngan tepung kastard plak.
Buat dua kaler....kuning n peach.

Thursday, December 27, 2012

Pecal Ikan Pari

Masakan jawa yg diperkenalkan oleh en hubby. Sebutan dia pecel.....ble juga masak dgn terung, ikan keli, ikan terubuk....

Bahan2
2 potong ikan pari/keli/terubuk di bakar
8 ketul ubi cekur
15 biji Cili padi (boleh ubah suai ikut citarasa)
10 ekor ikan bilis
2 cwn santan pekat daripada sebiji kelapa (perah dgn air masak)
Garam secukup rasa
------
Kukus cekur n cili di dalam nasi atau goreng tanpa minyak.
Tumbuk dgn ikan bilis hingga lumat.
Campurkan semua bahan2 diatas dan hidangkan.

Tuesday, December 25, 2012

Cucur Durian Jagung

Petang2 sekarang ni selalu hujan...bila cuaca sejuk2 ni, perut mula la berirama senandung semalam.....kepala mula la mereka menu nal buat minum petang.....yg simple tapi sedap...camna tu....

Last2 hasil dari acara menggeledah peti sejuk tu, jumpa la durian skit n 3 tongkol jagung......nasi sejuk pun byk....

So terjadilah menu minum ptg ni Cucur Durian Jagung

Bhn2nya

1 cwn nasi
1 cwn air
1 cwn tepung gandum
3 ulas isi durian (kalu ada lebih lagi sedap )
1 cwn jagung yg dah dihiris
1/2 cwn gula (ikut manis masing2)
1/2 sk garam

-----
Kisar nasi, air, gula, garam dan isi durian hingga halus.
Tuangkan dlm mangkuk yg berisi tepung dan jagung.
Gaul sebati. (kalu adunan terlalu pekat, tambah air.)
Boleh la mula goreng.....

Sunday, December 23, 2012

Agar-agar Jagung

Agar2 simple ni buat last minute untuk kenduri doa selamat anak buah bertunang.

Bahan2
10 g agar2(serbuk/tali)
4 1/2 cwn air
1 tin jagung (berkrim)
3/4 cwn krimer manis (kalau suka manis boleh lebihkan susu atau tambah gula)
1 biji telur yg dipukul sedikit dgn 3 sb air
Sedikit pewarna kuning telur
Secubit garam

Cara2nya
Masak agar2 dengan air hingga agar2 hancur.
Masukkan krimer manis, pewarna dan garam. Kacau hingga sebati.
Masukkan jagung.
Masukkan telur sambil terus mengacau supaya telur tidak berketul.
Masak hingga mendidih dan letak dalam acuan kegemaran. (pastikan agar2 dikacau selalu supaya tidak membuak.)
Sejukkan hingga agar2 keras.

Saturday, December 22, 2012

Kek Fair Lady utk pertunangan anak saudara

Dah berhari2 memikirkan kek yg sesuai utk hantaran pertunangan anak saudara ahad ni...mula2 ingat nak buat kek rainbow, kejap plak nak buat kek neopolitan, jap lagi nak buat kek dam la...kek rosette la...sudahnya last2 minute terjadilah kek fair lady ni....

Sebelum ni dah pernah buat n dah posted kat blog ni pun....tapi takpe kita kasi lagi sekali resepinya.


 RESEPI KEK FAIR LADY

Bahan2nya

7 biji telur gred c
100 gm gula
15  ovellete
125 gm tepung gandum di ayak bersama 1 sk serbuk penaik
75 gm minyak masak
2 sb susu segar
1 st esen vanila
-----
Pukul telur hingga kembang dgn kelajuan tinggi.
Masukkan ovellete dan pukul lagi sampai gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan susu segar dan esen.
Masukkan tepung yg telah di ayak dengan serbuk penaik dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan minyak masak.
Bakar pada suhu 160 celcius. Saya bakar 15 minit sahaja sebab saya buat nipis2 (3 x bakar).
Utk hiasan.
Parutan coklat putih secukupnya. Utk mendapat hasil parutan yg camtik, simpan coklat di dalam peti ais beku selama 5 minit.

Utk salutan kek

250 g cream cheese
100 g mentega
100 g gula ising
1 sb perahan lemon/ sunquick
100 g whipping cream
------
Pukul cheese dan mentega hingga gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi.
Masukkan whipping cream dan perisa dan pukul hingga sebati.

Apam Indon

Apam ni gebus amat...ramai blogger masakan yg dah cuba...resepi ni saya dapat dari mamafami.
Memang puashati.


 Apam Indon @ ZLC

Bahan2

5 biji telur
1 sk ovellete
1 sk esrn vanila
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar/santan
1/2 sk baking powder
Sedikit garam
Pewarna
Saiz loyang 9 inci

-----
Ayak tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dusu dan kacau hingga garam hancur.
Putar telur dan ovellete pada kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan esen vanila.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung selang seli dengan susu.
Bahagi adunan kpd 3 warna.
Masukkan adunan pertama dan kukus 10 minit atau sehingga atasnya tak melekat.
Ulang proses hingga selesai. Adunan akhir kukus 30-40 minit atau hingga masak sempurna.


Friday, December 21, 2012

Granny boyd's biscuits

Biskut daripada nigella lawson saya dapat dari caloriescount.about.com....resepi sihat yg boleh dicuba....biskutnya tak begitu manis dan cair di dlm mulut. Kalu menggunakan mentega yg berkualiti, rasanya akan lebih menyerlah...

Resepinya

300 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
250 gm mentega tanpa garam (unsalted)
125 gm gula
2 sk serbuk penaik
-------
Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik.
Dlm mangkuk lain, pukul mentega dan gula hingga gebu dan ringan.
Masukkan ke dalam tepung dan uli hingga jadi doh yg lembut.
Gentel sebesar buah hazel dan tekan dgn garpu.
Bakar pada suhu 175 celcius selama 5 minit dan 150 celcius selama 10 minit.

Thursday, December 20, 2012

Homemade jus roselle

Jus ni sedap. Ala-ala ribena tu....Aritu jiran sebelah ofer petik roselle yg dia tanam. Menjadi sungguh buah dia....
Bahan2 nya
Buah roselle (buang bijinya)
Gula
Air
Cara2nya
Rebus Roselle hingga air bertukar warna merah pekat.
Tapis kelopak roselle (kalau suka kelopak roselle boleh dijadikan jem. Masak dgn gula dan sedikit air. Masak hingga pekat mcm jem tu)
Masukkan gula dan masak hingga gula cair dan mendidih.



 
Masukkan Gula dan masak hingga gula hancur dan jus mendidih


Sedia untuk diminum - bancuh macam bancuh kordial tu...kalau nak sejuk letak ais.

KARI AYAM (BASNYAT)

Resepi daripada member opis, Dr Aniah Baharom.......resepi istimewa arwah ibunya....Basnyat nama menu ni....sejenis masakan kari. Komen aku dan org yg makan menu ni semalam.....memang resepi ni istimewa. Rasa kari yg berbeza dari kari2 biasa....kalau yg suka kelainan dan nak tukar selera, jgn tak cuba masakan basnyat ni.....memang tak mengecewakan. Anak2 sampai request masak ari2....biar betul....sikit punya sedap ke.....Panjang pulak bebelnya. Nah resepinya....cuba tau....tak susah mana pun...


Basnyat @ ZLC


Bahan2

1 ekor ayam (saya guna ayam kampung)
1 gelas santan pekat + (3 - 4 gelas santan cair) daripada sebiji kelapa
* 8 ulas bwg merah (saya guna bwg ros)
* 8 ulas bwg putih
* 3 ketul ubi cekur/kencur  ( saya guna 8 - jgn buang kulitnya)
* 10 biji cili masak ( saya guna 4 biji cili masak + 20 biji cili api)
* 1 inci kunyit hidup
* 1 sb serbuk belacan ( belacan yg dah di bakar/sangan, saya jadikan serbuk dan simpan dlm botol n simpan dlm peti ais)
*1 sb serbuk kari (saya guna kari ayam adabi)
3 helai daun limau purut ( saya guna 5 helai)
1 st asam jawa
5 biji kentang di potong sederhana
Garam dan gula secukup rasa

Cara2nya....

Kisar semua bahan * hingga lumat. Air jgn byk sangat, agak2 bahan sume ble lumat.
Tumis hingga naik bau dan naik/pecah minyak.
Tuangkan santan cair (tinggalkan 1 gelas).
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Didihkan dan renih selama 10-20 minit.
Masukkan kentang dan bila kentang dah empuk masukkan daun limau purut.
Gunakan pati santan utk memerah asam jawa. Masukkan ke dalam periuk.
Renihkan. Santan cair yg ditinggalkan tadi boleh digunakan jika kari terlalu pekat.
Masukkan ayam dan kacau sebati  5 - 10 minit. (Masak lebih lama sekiranya menggunakan ayam kampung). Masukkan sedikit santan lagi jika terlalu kering.


Versi Asal Basnyat

Ingredients

1.    1 chicken
2.    1 coconut (1 glass thick and 3-4 glasses thin)
3.    8 shallots (blend)
4.    8 garlic and 3 ubi chekur (blend)
5.    10 fresh chillies (blend)
6.    1 small piece tumeric and belacan (blend)
7.    1 tblsp. curry  powder and sugar
8.    3 leaves daun limau purut
9.    1 tsp. tamarind
10. Potatoes as required (cut)

Method

Cut chicken into pieces, wash and drain
Fry grounded ingredients and curry powder until brown
Simmer 5-10 mins. and put santan and sugar
Pour santan (leave 1 glass)
Bring to boil and simmer for 10-20 mins.
Add in potatoes. When cooked, add daun limau purut
Use pati santan to squeeze tamarind and pour in to gravy
Allow to simmer, if gravy is too thick, add remaining santan
Add chicken and stir. Add in some santan if too dry.


Tuesday, December 18, 2012

Demam Durian Crepe

Belum puas makan durian, dah Doktor suruh pantang kalu nak cepat baik, bengkak n jangkitan kat tonsil nih....tapi kalu dah namanya hantu durian, pantang tu pantang juga la....tapi pantang cium bau, mesti mau...
Kali ni nak try test resepi yg guna 4 jenis tepung berbeza. Katanya ni ori punya resepi,  yg pakai tpg gandum tu modified version... Tak kesah la kan... Mana2 pun asal sedap dan sesuai dgn tekak kita boleh jer resepi mana2 pun....ni resepi jumpa kat blog masam. Saya ejas sikit2. Tapi camna pun terima kasi sbb share resepi ni. Orang yg mkn kata sedap....
Meh la cuba...resepinya kat sini..
Bahan2nya
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung hoen kwe (ble ganti tpg kastard)
20 gm tepung jagung
1 biji telur gred C
1 sb minyak masak
1 sb gula
Sedikit garam
130 ml susu segar
100 ml air
Sedikit pewarna kegemaran
Cara2nya
Masukkan semua bahan2 ke dalam blender dan kisar sebati.
Ambil sesenduk adunan dan masak di dalam pan yg telah dioles dgn minyak. Layangkan mcm nak buat kuih ketayap aka kuih gulung.
Pastu buat la macam aritu....membantalkan crepe ini dgn whipping cream n isi durian.

Monday, December 17, 2012

Muffin Jagung ala Kenny Rogers Roaster

Resepi yang dicilok daripada kak ida 1001 resepi

Bahan-bahan :

1/2 cawanmentega
2/3 cawan gula halus
1/4 madu
2 biji telur
1/2 sk garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk baking powder
3/4 cawan yellow corn meal/polenta 
1/2 cawan susu segar
3/4 cawan jagong frozen(kalau guna jagung fresh pun ok)

cara-caranya :-
  • Pukul mentega, gula dan madu hingga kembang. 
  • Masukkan telur dan garam. Pukul lagi hingga gebu. 
  • Di dalam mangkuk lain satukan tepung, baking powder (diayak) dan cornmeal dan jagung.
  • Masukkan bahan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan diselang seli dengan susu segar. Pukul rata.
  •  Kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dlam papercup atau cawan muffin.
  • Bakar pada suhu 180 selama 25-30 minit atau hingga keperangan.

Saturday, December 8, 2012

Buah Tangan Tanah Suci..

Kalau dah minat, mana2 pg pun mesti beli benda2 camni....aritu gi europ pun beli nonstick baking tray dua tiga saiz...ni jumpa plak silicon mould kat mekah...dah lama mengidam...dapat gak akhirnya...harga boleh tahan....yang kat atas ni SR20 >< RM16.80.
Tapi bila guna silicon mould ni kena hati2 sebab kek cepat hangus....



Acuan bentuk bunga ros

Di bawah ni hasilnya.....


Sata n Otak2 Geliga



Kalau korang gi ganu lalu kemaman jgn la tak singgah kat geliga ni...
Sata n Otak2 dia memang terbaekkkkkkk....


Monday, December 3, 2012

Durian Crepe

 Sekarang ni mana2 pelusuk M'sia ni tengah hangat dgn menu durian crepe. Sebelum pg haji aritu takde pun ura2 durian crepe nak meletup....tup tup landing jer kat tanahair tercinta, merata org mengumpat pasal durian crepe...apa yg best sgt ha!!!!   Sekali aku dpt rasa, terus cari bahan2 nak buat sendiri supaya dpt mkn puas2....Beli mahal woooo...

Ni resepinya, nanti korang cuba la...senang jer.

utk crepe

500ml susu segar/santan (saya tambah 100ml air sbb crepenya mcm tebal la pulak)
3 biji
pewarna kegemaran
sedikit garam
250 gm tepung gandum
---
blend semua bahan hingga sebati.
pastu msk le mcm nak buat ketayap aka kuih gulung. 
saya guna non stick pan, jadi senang la tak melekat

utk filling
whipping cream secukupnya
isi durian

yang pink ni guna santan n warnaijau tu pakai susu segar....dari segi rasa, dua2 sedap...


saya tambah sedikit esen vanila dlm bancuhan pink utk mengurangkan hanyir telur.


yg hijau saya guna pandan paste








¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤


ambil sekeping crepe, bahagian licin di bwh.
letak whipping cream, pastu letak isi durian, pastu letak whipping cream dan lipat crepe.....nanti uploat cara melipat ye...sebelum mkn simpan dlm peti sejik 1 jam or lebih..sedap dimkn ketika sejuk tau....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...